Sunday, December 14, 2008
Kenangan : Member2 aku masa belajar
Masa cepat berlalu....
dah hampir 10 Tahun berpisah dengan member2 aku ketika study di Kuala Terengganu... Byk kenangan pahit manis....
Skrg, ada yg dah kawin, ada yg belum......
ada yg dah kerja, ada yg belum.....
ada yg aku masiih contact, ada yg dah lost contact.....

jadi, hanya gambar ini yg menjadi kenanganku selama-lamanya....












Make a comment
posted by texs @ Sunday, December 14, 2008 02:29 pm  
Thursday, December 11, 2008
Bab 1 : Memperhalusi Solat


                                     
 
Bismillahir rahmaa nirrahim..

Assalaamu'alaikum wr wb..

Sesungguhnya amal manusia yang awal2 dihisab di hari Pengadilan kelak ialah solat. Jika solatnya baik dan sempurna (mengikut sunnah Rasulullah SAW), maka diterimalah solatnya dan amal-amalnya yang lain. Manakala jika tidak sempurna solatnya, maka rosaklah solatnya itu dan amal2nya yang lain. Oleh kerana itu, amat wajar sekali setiap orang menjaga kesempurnaan solatnya.


Org yg menjaga solatnya, jiwa, hidup dan mati nya hanya lah kerana Allah Taala. Org yg menjaga solat nya, hatinya sgt lembut, mudah menerima tunjuk ajar, tidak sombong dan  tidak ego kerana mereka juga menjaga dan mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW adalah seorang yg sgt2 menjaga & memperhalusi ibadah solat. Jadi, marilah kita sama2 meningkatkan kualiti solat kita kerana solat ialah langkah pertama untuk kita mendekatkan diri kepada Allah Subhanahuwataala.



TAKRIF SOLAT:

Solat dari segi bahasa ertinya doa. Dari segi syarak pula ia bermaksud beberapa perkataan dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri dengan salam, mengikut syarat-syarat yang tertentu. Firman Allah swt:

"Dan dirikanlah olehmu solat, kerana sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar" (Al Ankabut : 45)
Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu subuh, zuhur, asar, maghrib dan isya'.

Syarat wajib solat:
1. Islam
2. Baligh
3. Berakal

Syarat sah solat:
1. Suci badan dari dua hadas.
2. Suci dari najis sama ada di badannya, di tempat solatnya, dan di pakaiannya.
3. Menutup aurat.
4. Menghadap qiblat (kecuali yang uzur dan tidak terdaya)
5. Yakin masuk waktu solat.
(nota: sekiranya sesudah tamat solat, lalu disedari perkara yang tersebut di atas terjadi - misalnya didapati ada najis di sejadah - maka perlulah diulangi solat itu kerana ianya tidak menepati syarat sah solat)

Perkara-perkara yang membatalkan solat:
1. Keluar/kedatangan hadas.
2. Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit, atau tertawa.
3. Makan/minum walau sedikit.
4. Melakukan gerakan di luar gerakan solat tiga kali berturut-turut (mutawaliyat).
5. Berniat keluar dari solat (mufaraqah).
6. Terkena najis yang tidak dimaafkan.
7. Beralih arah dari qiblat dengan sengaja.
8. Terbuka aurat dengan sengaja, atau tidak sengaja tetapi tidak segera ditutup.
9. Berubah niat dari satu solat ke solat yang lain.
10. Meninggalkan rukun solat.

Waktu-waktu Solat Fardhu:
Waktu-waktu yang telah ditetapkan untuk menunaikan solat ialah seperti berikut:
1. Solat Subuh - bermula daripada fajar menyinsing hinggalah terbit matahari. Masa yang diperuntukkan kira-kira 2 jam.
2. Solat Zuhur - bermula selepas matahari mulai condong daripada puncaknya sehingga bayang melebihi separuh panjangnya.
3. Solat Asar - bermula selepas berakhirnya waktu solat Zuhur sehinggalah matahari terbenam.
4. Solat Maghrib - bermula selepas matahari terbenam sehingga hilang mega merah di ufuk barat.
5. Solat Isya' - bermula selepas mega merah di ufuk timur hilang dan berterusan sehingga terbit fajar pada hari keesokannya.

Perbuatan sunat sebelum solat:
1. Azan - ertinya memberitahu, dan pada syarak adalah perkataan tertentu untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang masuknya waktu solat fardu.
2. Iqamah.
3. Bersugi - ertinya membersihkan mulut dan gigi dengan alatan bersugi.

Waktu-waktu yang dimakruhkan solat tanpa sebab:
1. Selepas solat subuh sehingga naik matahari.
2. Ketika naik matahari sehingga sekadar segalah.
3. Ketika matahari di tengah-tengah langit.
4. Selepas solat asar sehingga masuk matahari atau matahari terbenam.
5. Ketika masuk matahari.




Make a comment
posted by texs @ Thursday, December 11, 2008 11:18 am  
Sunday, December 07, 2008
Renovate Rumah Aku
Salam semua.....
Sebenarnya, dah tahun lepas aku dah renovate rumah nih....
Sejak aku baru dpt blog nih, ada lebih baik aku isikan apa yg patut kan utk dikonsi bersama....

Kos renovate mmg mmg besar ah skit.... kos dia lebih kurang mod keta wira std ke model wira GSR....sapa tahu, tahu laaa....sapa tak tahu dan nk tahu, kena tanya kaki2 keta.....hehehhee.......kalu nk ikut harga skrg nih munngkin dah cecah 30k kot....

Kerja nih bermula 23/07/07 dan siap sepenuhnya pada 31/08/07... kalu nk kira awal lagi siap tp byk problem skit....biasalah main dgn tukang nih byk kerenah....

ada sedikit gambar yg kualitinya mungkin kurang skit kot ...


Sebelum :-



Selepas :-











Make a comment
posted by texs @ Sunday, December 07, 2008 11:20 am  
Thursday, December 04, 2008
Proton MPV Baru
Ok....nie aku jumpa dlm satu thread Protonmania Club psl MPV nih..
Tgk pada  gayanya, ok kot.... harga mungkin dlm RM70k lebih...
MPV nih dgr cerita pakai enjin Campro 1.6. Bagi aku tak best langsung kalu MPV nih berCCkan 1.6 sbb npk body besar.....kalu diaorg buat berCCkan 1.8 campro, mmg cun lah. Tahun depan baru kuar MPV nih, jd tunggulah kemunculannya.





Make a comment
posted by texs @ Thursday, December 04, 2008 01:45 pm  
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha
Sempena Hari Raya Haji pada Isnin ini, 08/12/08, company aku cuma kasi cuti 2 hari jer iaitu isnin dan selasa. Staff kat tempat kerja aku berebut-rebut apply cuti raya nih. Ada yg nak balik kampung, ada yang nk pergi sana sini. Tapi aku tak cuti. Cuma cuti pada hari yg diberi cuti jer. Lagipun cuti lama2 tak kemana jugak aku. Mungkin Christmas nanti aku cuti kot. Pergi jalan2 skit. Kat aku untuk bahagian teknikal, tak dpt cuti free utk christmas nih. Org Admin dapat laa.....

Tahun nih aku dok masuk korban. Jadi 2 tahun dah aku dok buat nih. Tapi takper lah, mungkin tahun depan kot aku masuk. InsyaAllah. Untuk tahun nih, aku dgr2 rata2 utk korban lembu, dlm RM300-350 sorang. Kalu kerbau dok tahu laa...mungkin sampai RM500 kot. Pagi raya aku kat rumah mak aku (mak chili), dan petang raya mungkin kat rumah mertua (kijal).

Apa2 pun sapa2 yg terbaca tulisan yg ringkas ini, Selamat Menyambut hari Raya Aidiladha. Mintak maaf byk2....Wink





Make a comment
posted by texs @ Thursday, December 04, 2008 11:04 am  
Tuesday, December 02, 2008
Penting !!...Untuk Renungan Bersama
Assalammu'alaikum waramatuhllahi wabarakahtuh. ..

Hidup di kalangan masyarakat majmuk kebanyakan kita akan berjiran dengan keluarga yang bukan Islam.

Bagi kaum Tionghua dan Hindu mereka selalu mempunyai tempat penyembahan masing-masing, kaum Cina mungkin di luar rumah manakala Hindu di dalam rumah.

Bila kaum Cina yang beragama Taoisme atau Buddha sering melakukan upacara penyembahan mereka di luar, anak-anak kita yang masih kecil akan lihat, dan mungkin pernah bertanya kepada kita....

"Uncle sebelah buat apa tu Abah?"

Dan secara amnya, kita akan menjawab... "dia org tgh sembahyang atau tengah sembah tuhan dia"
jawaban itu tuan-tuan, nauzubillah sebenarnya syirik... kerana ia bercanggah dengan prinsip dua kalimah syahadah
kita.. "tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH" tetapi apabila kita memberikan jawaban... "dia tengah sembah tuhan dia" kita menggambarkan pada anak kita bahawa ada tuhan yang lain dari ALLAH, kita memberi gambaran pada anak kita, bahawa, kaum Cina punya satu tuhan, India satu tuhan, Kristian satu tuhan...dan cara mereka menyembah tuhan mereka lain dr kita.

Sedangkan kita mengucap kalimah kita "tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH" jadi mana datangnya konsep atau pengertian " dia sedang sembah tuhan dia"

Sekiranya jawaban ini diteruskan.. ...maka anak kita akan terus keliru dengan konsep dan prinsip syahadah kita "tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH"

Jawaban yang sebenarnya, " Anak, pertamanya perlu faham, tuhan kita dengan tuhan uncle sebelah sama, kerana ada hanya satu tuhan sahaja iaitu ALLAH, tapi cara dia menyembah tuhan itu salah"

Jangan ambil mudah jawaban yang diberikan kepada anak, kerana jawaban yang salah akan hanya merosakkan atau    setidak-tidaknya akan kelirukan mereka. Sekadar mengamalkan "sampai dan menyampaikan". Sekiranya apa yang disampaikan di sini atas kelemahan diri sendiri dan yang baik datang dari ALLAH. Apa yang disampaikan di sini ialah pemahaman sendiri ,sekiranya ada pihak yang mempunyai idea dan jawapan yang lebih baik...

Jika sekiranya ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: "Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat" Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:
1) Sedekah amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain



Make a comment
posted by texs @ Tuesday, December 02, 2008 02:55 pm  

about me


Name:Ahmad Yusli Mohd Yusof
Home:Terengganu
Nick Name:Tex'S
Email: yus6889@yahoo.com

Archives
Let's Shout

Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

Powered by
blogdrive
� Tex's